Friday, July 2, 2010

Hampir Setahun...

Salam anjakan paradigma..


Sedar tak sedar, hampir setahun laman ni tidak dikemas kini. Rasa sedih, geram, kesal dan bimbang menyelubungi seolah-olah memahami rintihan-rintihan penggemar2 blog yang sering bertanya.

"Bila nak update?"
"Apa cerita senyap saja.."
"Sibuk sangat ke sampai tak nak update blog ni?"

Malah, tak kurang juga yang menyindir atau pun menegur dalam nada empati.

"Masa mula-mula buat blog ni, posting macam power..tapi kejap je.."

"Kalau blog cantik macam mana pun, tapi tak update serupa tak payah buat blog la.."
"Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya waktu dhuha pun dah hujan. Jangan la hangat-hangat tahi ayam saja, agaknya hangat tahi ayam pun lagi lama.."

Justeru, kelemahan yang ada akan diperbaiki. Saya merasakan blog juga medan yang baik untuk berkongsi idea, maklumat dan yang penting sekali merangsang anjakan paradigma ke arah yang lebih 'world'. Terima kasih kepada semua yang menegur dan menasihati, mungkin kesibukan dan kelekaan memberatkan tangan untuk menaip. Tapi, mungkin juga alasan saja.

Akhir kalam, nantikan kemunculan semula Menggerak Paradigma Dunia..

1 comment:

  1. Haha ske ngn perumpamaan 'Jangan la hangat-hangat tahi ayam saja, agaknya hangat tahi ayam pun lagi lama.."

    Pape pun tahniah sbb dh update blog stelah sekian lama~~

    ReplyDelete