Monday, October 26, 2009

Hamas: Kami komited dengan perdamaian tetapi Mesir?

Jumaat , 23/10/2009 – Pergerakan Hamas menegaskan pada Rabu lepas bahawa mereka ingin menamatkan perpecahan di antara rakyat Palestin dan komited kepada persetujuan yang di capai di Kaherah, tetapi beliau menambah bahawa masalah sebenarnya timbul pada penambahan dan penggubalan yang dibuat ke atas kertas kerja penyatuan Mesir yang tidak di bahaskan sebelum ini.

Di dalam kenyataan akhbar kepada PIC (Palestinian Information centre), juruckap Hamas berkata bahawa Sami Abu Zuhri menegaskan pergerakan Hamas telah meminta perkara baru merujuk kepada kertas kerja tersebut, tetapi dia mahukan komitmen terhadap persetujuan yang telah di capai di Kaherah dan memohon agar jururunding Mesir agar menyatukan kertas kerja yang telah dipersetujui dengan apa yang telah di bincangkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : iswardy

Layari: http://palestinkini.info untuk berita lanjut setiap hari

Obama & Hadiah Keamanan Nobel?

OSLO: Presiden Barack Obama diumumkan pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2009 sebagai penghargaan ke atas usaha luar biasa beliau dalam memperkukuhkan diplomasi antarabangsa dan memupuk kerjasama antara negara.

Jawatankuasa Hadiah Nobel Norway berkata usaha presiden Amerika Syarikat (AS) itu untuk memulihkan hubungan dengan dunia Islam dan membendung penularan senjata nuklear adalah antara faktor memihak kepada pemilihannya.


Pemilihan mengejutkan itu menjadikan Obama presiden AS keempat memenangi hadiah berprestij itu selepas Presiden Jimmy Carter (2002), Woodrow Wilson (1919) dan Theodore Roosevelt (1906). Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah pencalonan untuk hadiah Nobel itu ditutup pada 1 Februari sedangkan Obama mula memegang jawatan presiden pada 20 Januari, membayangkan sumbangannya untuk 11 hari berkenaan melayakkan beliau merangkul hadiah itu.

Presiden kulit hitam pertama AS itu memang dikaitkan dengan spekulasi untuk memenangi hadiah berkenaan tetapi ramai pemerhati berkata ia adalah terlalu awal untuk beliau mendapat penghargaan itu.

Bagaimanapun jawatankuasa Nobel berkata: Jarang sekali seseorang tokoh dapat menarik perhatian dunia seperti Obama yang memberi harapan masa depan yang lebih cerah.

Usaha diplomasi beliau diasaskan kepada konsep sesiapa yang mahu memimpin dunia harus mempunyai nilai dan sikap yang secocok dengan majoriti penduduk dunia, kata jawatankuasa itu. Sebanyak 205 pencalonan diterima untuk dipertimbangkan bagi hadiah tahun ini.- AP

Saturday, September 19, 2009

Takbir Raya..


ALLAHU AKBAR!!

ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!

Takbir raya memecah keheningan malam. Menuntut kita kembali mengingati Allah, muhasabah diri dan membesarkan Yang Maha Agung dlm pada kita seronok2 nak sambut raya. So, raya-raya jugak tapi biarlah sederhana & mencukupi k..

Berikut merupakan perkongsian malam raya iaitu program takbir rumah ke rumah yg masih diamalkan di kawasan kampung saya (KG SIMPANG KALLANG, RAUB PAHANG). Penuh perut dijamu dengan makanan yang enak-enak di setiap 13 buah rumah. Tapi makan sekadar yg boleh je, jangan lebih2. Jemput datang raya ke rumah.

















Laungan takbir memecah keheningan malam raya.

















Amalan menziarahi jiran tetangga dituntut dlm menyambut Aidil Fitri






















Yang kecil pun tak terkecuali..

















Menjamu selera selepas bertakbir

















Makan-makan jugak, jangan lupa yang kurang berada..

Sekian.

Seloka Aidil Fitri

Ramadhan pergi silih berganti,
Menghitung amalan di bulan ini,
Syawal tiba sama dirai,
Sambutlah dengan ikhlas di hati..

Kaum hawa sibuk di dapur,
Menganyam ketupat mengacau rendang,
Tangan ditadah tanda bersyukur,
Di pagi syawal takbir berkumandang..

Bergaya sungguh teruna dan dara,
Melayan tetamu yang kunjung tiba,
Pengisian Ramadhan usah dilupa,
Muhasabah diri menyuci jiwa..

Pagi Syawal indah terasa,
Berkumpul seluruh sanak saudara,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Semoga ukhuwah kekal selamanya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Muhasabah Ramadhan..


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat ku lalui dengan sempurna.."
Artis: Man Bai & Raihan

Lirik lagu ini sering berkumandang di corong2 radio mahupun kaca TV saat bermulanya Ramadhan. Namun ramai di kalangan yg mendengar saya yakin hanya mengambil lirik dan intipati tazkirah massa ini sebagai hiburan semata-mata. Tak lebih dari itu. Maka pada saya rugilah sama ada yang mendengar mahupun yang menyanyikan. Dua kali rugi. Betapa padat dan ringkas penyampaian tazkirah yang cuba disampaikan oleh pelirik dan penasyid tersebut nampaknya langsung tidak dihayati oleh pendengar.

Hakikatnya, Ramadhan datang dan pergi. Sebentar terasa seolah-olah baru semalam terawikh pertama didirikan. Akhirnya, tiba juga ke penghujungnya yang mana sungguh2 diraikan oleh sesetengah pihak. Tetapi bagi satu pihak yang lain, sungguh2 merintih dan menangisi pemergian bulan Barakah, Rahmah, Maghfirah & Pembebasan Api Neraka ini.



















So, di mana side kita sebenarnya? Yang sungguh2 meraikan pemergiannya atau pun sebaliknya. Ibarat sebuah universiti, Ramadhan sebagai institusi pendidikan jiwa, emosi dan fizikal yang ditawarkan secara wajib 30 hari sahaja setahun untuk umat Islam. Dengan 3 semester setiap 10 hari pendidikan Ramadhan ini, harus ditamatkan dengan jayanya bagi mencapai kesempurnaannya.

















"Tren Ramadhan hampir tiba di penghujungnya, kepada semua muslimin muslimat yang menaiki tren ini diingatkan bahawa stesyen terakhir iaitu stesen ke-29 beberapa minit akan tiba. Tren akan bertukar di Terminal Aidil Fitri kepada Tren Syawal di mana laungan takbir akan dikumandangkan sedari maghrib tiba sehingga tamat solat Aidil Fitri. Justeru, kepada penumpang tren Ramadhan dinasihatkan agar bermuhasabah kembali sepanjang 29 stesyen yang dilalui sama ada benar2 turun dari Tren ini dengan jayanya setelah diberikan latihan dan pendidikan sepanjang perjalanan.


Adakah semua penumpang berjaya melalui Landasan Rahmah, Landasan Maghfirah dan Landasan Pembebasan Api Neraka dengan jayanya? Atau sekadar bermenung sepanjang perjalanan sehingga merugikan ganjaran yang diberikan? Dan adakah anda sempat bertemu dengan si jutawan yang kaya raya dengan ganjaran pahala iaitu syekh al-Qadr yang singgah menaiki Tren Ramadhan di 9 stesyen yg terakhir? Atau masing2 pakat tidur sahaja tanpa menghiraukan si jutawan yang sibuk menghulurkan ganjaran kepada penumpang semua tanpa disedari.

Renung-renungkan.."

Ramai dari masyarakat Malaysia yang meletakkan persepsi Ramadhan ini sebagai "bulan puasa". Sehingga pada bila tibanya Ramadhan seolah-olah kerja lain tak mampu nak dilaksanakan kerana "sekarang kan bulan puasa". Mentaliti ini harus dihakis dek kerana ia akan menjadikan masyarakat kita hanya merenung Ramadhan sbg menyempurnakan Rukun Islam yg ketiga sahaja sehingga menolak perkara2 lain. Samalah seperti meletakkan Islam ini hanya di masjid2 dan tempat2 ibadat sehingga diabaikan dlm lain2 bidang dlm kehidupan seperti pemerintahan, ekonomi, sosial dan lain2. Ibrah atau pengajaran Ramadhan bukan sekadar berpuasa semata-mata malah pendidikan di sebaliknya lebih dari itu.

Memetik tulisan blog Ustaz Zaharuddin, ada dari kalangan kita yang suka melakukan ibadah 'last minute'. Kalau sujud pun mengambil sujud yang terakhir & kalau puasa pun di hujung2 baru nak lipat gandakan amalan. Bagus jugak di akhir2 Ramadhan mungkin mengejar Lailatul Qadr tapi hakikatnya kita pun tak tahu bila tibanya. Malahan yang lebih teruk lagi semakin usai Ramadhan semakin liat untuk beramal atau pun langsung tak nak turun terawikh kerana alasan malas dan sebagainya. Orang yang cemerlang adalah orang yang hari ini adalah lebih baik dari semalam & orang yang celaka adalah sebaliknya.

Marilah sama-sama kita muhasabah dan merenung kembali sepanjang proses Ramadhan ini. Adakah kita telah benar2 berjaya? Atau pun kita gagal sebenarnya? Adakah kita yakin akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun2 akan datang? Adakah Allah akan berikan kita peluang yang kedua, ketiga mahupun ke-60 untuk mengaut ganjaran Ramadhan lagi nanti? Tepuk dada tanya iman. Moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba yang bertaqwa.. Sekian


Tuesday, July 28, 2009

Doa Rabithah


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu

Berhimpun dalam naungan cinta-Mu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan

Menegakkan syariat dalam kehidupan


Kuatkanlah ikatannya

Kekalkanlah cintanya

Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahaya-Mu

Yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami


Lapangkanlah dada kami

Dengan karunia iman

Dan indahnya tawakal pada-Mu

Hidupkan dengan ma'rifat-Mu

Matikan dalam syahid di jalan-Mu

Engkaulah pelindung dan pembela


by: Izzatul Islam

Friday, July 24, 2009

MISI MUSTAHIL: Kerana Dirimu Begitu Berharga..

SITUASI:


Virus (HCl)N1 telah menyerang negara dengan begitu hebat, dan menyebabkan kematian hampir 99.99% penduduk dunia. Akibatnya dunia bakal musnah dalam masa beberapa jam dari sekarang. Hanya ada satu kapal angkasa untuk dibawa ke planet lain, yang boleh memuatkan 5 orang sahaja. Oleh itu, ANDA diberi kuasa untuk memilih 4 orang sahaja (5 orang termasuk anda) daripada senarai di bawah untuk dibawa naik ke kapal angkasa. Senarai tersebut adalah:


  • Seorang ibu yang mengandung
  • Banduan yang mahir ICT
  • Pemimpin yang diktator
  • Ahli ekonomi yang biasa rasuah
  • Seorang jurutera (engineer) yang pemalas
  • Seorang hartawan yang kaya raya
  • Seorang komando yang cacat
  • Seorang peguam yang putar belit

PERBINCANGAN:

ANDA yang terpilih akan memilih 4 orang dari senarai di atas. Mungkin ramai yang memilih ibu yang mengandung untuk dibawa. Kenapa? Agaknya sebab anak yang dibawa bakal menjadi pemimpin masa hadapan yg mengubah dunia baru tu. Tapi agaknya nk tunggu berapa tahun baru baby tu jadi pemimpin ye? In the mean time, mak dia ke jadi pemimpin kt tempat baru tu?Mungkin ada yg berpendapat sgt perlu membawa hartawan yang kaya raya. Kenapa? Agaknya kerana duit yg byk tu mampu membeli banyak material dan kelengkapan sepanjang mengusahakan dunia baru tu. Tapi, nama lg dunia baru, tempat baru. Ada ke hypermarket cm Mydin, Giant dll kt sana?













Dari segi pemilihan, akan timbul hujah yg pro dan kontra. Ibarat membina sebuah perahu, ada masanya ada yang kena potong, ada kena ketuk. Kadang2 kena kikis pun ada. Tapi nak cantik cat elok2 nmpak ceria sikit. Point di sini adalah dalam berhujah, semua pandangan perlu diraikan. Ada yang melihat perspektif keperluan kemahiran kejuruteraan lebih penting untuk difikirkan tanpa perlu melihat sikap malas yang dimilikinya. Kenapa? Mungkin kerana masa dan suasana setempat mampu mengubah perangai seseorang. Tetapi tak kurang juga yang menolak hujah sebegini kerana dirasakan malas itu jika dah sebati dengan diri seseorang menyebabkan sukar untuk diubah terutama dlm masa yg singkat.

Justeru, apa yg penting adalah hujah. Yang terbaik adalah hujah yg tidak diselitkan dengan sentimen emosi, perasaan, hubungan dgn seseorang, mahupun perkauman atau kebangsaan. Biarlah hujah itu asli, original dan rasional untuk dibawa dalam perbincangan dsb. Apa yg penting sejauh mana hujah yg dipertahankan bakal membawa kepada satu keputusan yg mampu membawa perubahan yg lebih baik. Berbalik kepada 8 pilihan tadi, sesiapa sahaja dari senarai tersebut boleh dipilih, tetapi mestilah di atas dasar hujah yg kukuh yg boleh memberi keyakinan kpd para penghujah iaitu ANDA.

KESIMPULAN:

Apa yang pasti menjadi kesimpulan adalah sejauh mana hujah yg dipertahankan mampu memberi kesan yg terbaik kepada dunia baru ini. Tetapi bagi modul ini, bukan setakat ANDA berhujah terhadap 4 orang yg dipilih untuk pergi bersama ANDA ke dunia baru tersebut tetapi yg ingin diperhatikan adalah sejauh mana anda mampu mengenali diri anda sendiri dari sudut KEKUATAN dan KELEMAHAN sebagai orang ke-5 pergi ke dunia baru tersebut. Justeru, kenalilah diri anda, setakat mana kemampuan diri yg ada perlu digunakan semaksimum mungkin malah berusaha mencabar diri untuk melaksanakan perkara yg lebih hebat lagi. Kenapa? Kerana dirimu begitu berharga..