Sunday, August 8, 2010

Budak Sekolah Agama

Artikel ini pada asalnya saya nukilkan untuk berkongsi satu fenomena yang dipanggil Fenomena 'Budak Sekolah Agama' (FBSA). Saya melihat fenomena ni tak ramai yang menyedari mahupun ambil peduli tapi sebagai graduan sekolah agama saya terpanggil untuk berbicara sedikit. Bukan berniat mengutuk mana-mana individu tapi muhasabah jua buat diri yang lemah. Pokoknya, saya risaukan generasi harapan yang dilahirkan dari sekolah agama.



Teringat dulu hujung-hujung pengajian peringkat rendah di Pahang, saya terfikir nak sambung belajar di mana. Ramai yang nasihatkan saya supaya sambung di sekolah sains. Yang terdekat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) tak jauh dari rumah. Namun, dalam hati sanubari berasa ingin sangat menimba pengalaman di sekolah agama. Ibu bapa turut menggalakkan dan seingat saya 3 sekolah yang menawarkan pengajian. Sekolah Agama Dong, Sekolah Agama TAHAP dan terakhir SMAP Kajang.

Atas nasihat ibu dan ayah, saya memutuskan untuk sambung di SMAP Kajang. Bukan apa, terasa suasana baru yang jauh sikit dari rumah, keluar merantau ke negeri orang pasti banyak pengalaman baru yang diperoleh.


Itu sedikit review mengenai pertama kali nak ke sekolah agama. Yang kita bincangkan FBSA tadi adalah apa yang berlaku sepanjang di sekolah tersebut. Apa yang saya lihat rata-rata budak sekolah agama yang keluar dan sambung mengaji di IPT kebanyakannya malu untuk mengaku pernah belajar di sekolah tersebut. Ini fenomena pertama. Saya namakan Fenomena 1: Malu aku nak mengaku sekolah agama.


Pelik. Ajaib. Menarik juga. Pelik dan ajaib kerana perkara sebegini boleh berlaku. Bayangkan berlaku perbualan sebegini,


Kancil MRSM: Wah, aku tak sangka kau ada bakat menyanyi. Sedap juga aku dengar suara kau ni. Pegi la try audition Akademi Fantasia tu..
Rusa Sekolah Agama: Erm, boleh la sikit-sikit. Aku memang bercadang nak join audition tu, maybe minggu depan kut. Aku bukan la pandai sangat tapi pernah la berlatih kat sekolah dulu..
Kancil MRSM: Oh, yeke. Patut la, kau dulu sekolah mana ye?
Rusa Sekolah Agama: Err.. aku.. aku dulu sekolah biasa je kat kampung.

Saya tak salahkan si Rusa. Saya rasa tiada yang perlu disalahkan tapi yang penting kita mencari puncanya. Aduhai, kecil hati saya mendengar perbualan sebegini. Kadang-kadang untuk cover yang lebih baik, jawapan paling selamat adalah beritahu sekolah lama sebelum ke sekolah agama. Malah, yang lebih teruk jika terus saja menipu orang lain.

Menarik kenapa ya? Menarik jika kita pandang dari sudut yang sedikit berbeza. Malu mungkin faktor biasa tapi terfikir juga saya mungkin ada rasa bersalah. Rasa bersalah dengan ustaz ustazah yang mengajar, rasa bersalah dengan kawan-kawan lama yang dulu sama-sama duduk bersama berusrah. Agak-agak saya mungkin perasaan itu yang timbul. Maka, tak dinafikan memang wujud Fenomena 1 ini di mana-mana. Persoalannya, apakah faktor sebenar berlaku dan apa tujuan wujudnya fenomena ini.

KEJUTAN BUDAYA

Merujuk perkara di atas, inilah antara fenomena ketara yang saya rasakan menyumbang besar kepada kerosakan produk-produk suci sekolah agama. Biasa la, di sekolah ustaz ustazah ramai boleh tarbiyah tapi sekarang dah tiada. Di sekolah tiap2 minggu buat usrah, manisnya berusrah. Abang naqib memang hebat bagi pengisian kat surau tapi sekarang semua tu dah tiada. Tengok-tengok abang naqib tu pun sama. Fenomena 2: Sekolah agama cerita zaman dulu merupakan satu fenomena berat.



Semuanya bertitik tolak dari tarbiyah yang berjaya di sekolah. tapi tarbiyah itu bukanlah segala-galanya. Tak sedikit juga yang kurang tarbiyah di sekolah tapi dialah ustaz pada hari ini. Kalau kita tengok ramai juga rakan-rakan keluaran MRSM yang lebih ustaznya dari budak sekolah agama bukan kerana tarbiyah yang mantap sangat di sekolah. Tapi muncul pula istilah kedua iaitu kesedaran.

Maka, ini yang saya runsingkan. Kesedaran budak sekolah agama sudah kurang. Sensitiviti sudah kurang, nilai tarbiyah sudah menyusut hanya kerana keluar dari sekolah agama melangkah ke alam yang tidak biasa tapi lebih 'seronok'. Dulu dengan budak perempuan nak cakap dihadang pintu, sekarang study berdua dalam bilik seminar bukan ada orang kacau. Di mana silapnya? Janganlah menuding saja tapi mencari solusi.

Kadang-kadang kejutan budaya bukan lepas tamat sekolah saja. Tapi berlaku sedikit-sedikit dalam hidup. Mula bertudung labuh, makin singkat sampai tercabut tudung tu. Lagi saya terkejut betapa seolah-olah tersiksanya jiwa 4,5 tahun terpaksa bertudung di sekolah agama. Mashaallah, lemahnya jiwa sebegini. Tapi isu ini saya masukkan dalam fenomena ketiga. Jom bincang lagi
Fenomena 3: Aku tak nak hipokrit.

MENCARI ATAU MENJADI

Adam: Wah, lama tak jumpa kau. Apa khabar?
Nur: Aku sihat, ada je sekitar Bangi ni. Kau dah kerja ke?
Adam: Aku ada setahun lagi. Final year la ni. Wah, free hair dah kau sekarang ye?
Nur: Aku habis sekolah dulu memang free hair dah. Ini la diri aku yang sebenar.
Adam: Err.. maknanya kau memang pakai tudung kat sekolah je ke?
Nur: Memang pun, aku kat rumah pun macam ni dari kecil. So, aku tak nak la orang kata hipokrit, lebih baik jadi diri sendiri..

Terkejut si Adam, dah lama tak jumpa tiba-tiba begitu pula jadinya. Ada satu point yang boleh diambil dari perbualan tadi iaitu keluarga juga boleh menjadi faktor yang besar. Pemberatnya ada di situ. Tak kira la bertahun-tahun dididik diasuh menjadi ustazah sekalipun di sekolah, kalau budaya keluarga tidak menyokong ke arah itu bagaimana mungkin anak itu akan termotivasi.

Kadang-kadang saya pelik juga ibu bapa hantar anak-anak ke sekolah agama supaya belajar agama pandai solat sebab mereka sendiri tak solat. Malangnya kerana ibu bapa yang sepatutnya mengajar anak-anak solat. Mungkin mereka merasakan setakat itu usaha mereka hakikatnya kewajipan tetap kewajipan. Pandanglah dari sudut masa depan anak-anak dan generasi akan datang. Jangan diharap ustaz ustazah di sekolah sahaja namun ibu bapa perlu berubah untuk mencorak anak-anak dengan warna yang baik.

Berbalik isu hipokrasi, mungkin satu alasan sahaja. 5 tahun di sekolah agama rasa saya boleh mengubah seseorang menjadi orang yang lebih baik. Ada juga ibu bapa yang di rumah jenis minum, berjudi dan melakukan maksiat tapi anaknya berbeza. Mungkin kesedaran ada dek tarbiyah yang berjaya. Pada saya bukan isu hipokrasi, tapi kehendak diri yang nak jadi begitu.
You choose to be what you are.



USAHA

Justeru, saya menyeru semua termasuk diri saya untuk muhasabah kembali. Adakah jalan penyelesaian kepada tiga fenomena ini? Pasti ada. Dan pasti kena ada untuk mengelakkan institusi sekolah agama tidak diperlekehkan kerana produknya yang langsung tidak menggambarkan prosesnya. Mungkin kerana terlalu disudu di sekolah, tak sempat dihadam muntah semula jadi orang yang biasa. Pada saya, budak sekolah agama luar biasa. Harapnya bukan di sekolah sahaja.

Maka, semua pihak perlu berperanan. Jangan disalahkan budaya keluarga sahaja kerana perkara itu kita tak boleh kawal. Jangan dituju ustaz ustazah sahaja kerana bukan mereka memberi hidayah tapi cuma menyampaikan. Maka, doa perlu berterusan. Namun, adakah cukup berdoa saja sedang Allah menimbangkan usaha? Maka, jangan sekadar mengharap semuanya akan jadi baik kalau kita semua tidak menggarap usaha untuk menjadi yang terbaik.

Akhir kalam, risau juga kalau saya yang berubah. Hari ini kita pandai cakap orang, esok lusa kita tak tahu. Teringat kata-kata kawan lama saya, pendebat sekolah yang hebat dulu. Katanya, "transformasi manusia ada faktor masa yang sangat kuat mendorong. Jangan ingat kau sekarang jadi naqib, baik, alim tapi kau tak tahu apa jadi kat universiti nanti, masa kerja nanti..". Maka, biarlah masa yang berbicara. Semoga masa berbicara tentang kebaikan mengenai kita semua.

15 comments:

  1. Terbaik la waliy..artikel yg mmg mmbuka minda.mmg da ramai jd mcm ni. hrp2 jgnlah Allah palingkan hati kite sume stlh Dia beri hidayah. Tp, teringat kate2 seorg ustaz.. "tiada istilah hipokrit dlm kehidupan, yg ade hnyalah mujadalah" hipokrit hnylah diwara-warakn oleh yahudi spy kite tdk berusaha ke arah kebaikan..dn kekalkan apa yg tdk baik yg mmg ada pada diri. Tp haikikatnya Allah suruh kite bermujadalah, spy perbaiki diri, lebih baik dari hari ke hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Ye, memang terbaik. Tahniah lah post anda terpilih utk disiarkan ke blog kelawarhijau

    ReplyDelete
  3. @amal;; Tq dengan maklumat dan perkongsian. Tapi memang istilah2 byk yang dicipta sampai kita jadi keliru. Kena sebar2 kan..^_^

    @Syi;; Sila2 lepas ni boleh kemukakan pulah paradigma budak mrsm..hehe

    ReplyDelete
  4. Itu la hakikatnya..
    Risau jugak dgn fenomena ni sebab budak sekolah agama la yg menjadi harapan tapi kalau hancur jugak x tau la..

    ReplyDelete
  5. betul2,,kadang2 seday tgk dak2 sklh agama jadi sebalik nya..bila di tanya sklh mana..nmpk bertukar mimik muka mereka..dan telah saya survay2..kat U nie rmai yg memakai tudung labuh bkn dr sklh agama..alhamdulillah..harap utk smua dan utk muslimat istighamah bkn sahaja pemakaian malah tingkah laku kite..
    muslimat hebat! muslimat Mantap! muslimat Power3!! jika yg bace di kalangan sklh agama..
    hargai la ilmu yg korg dpt dr sklh agama dan amal serta sampaikan laa..
    beruntung laa kerana korg di didik dr kecil lg..
    bg kami yg hanya bersekolah biasa,,
    kami perlu berusaha sendri utk mendapat kan ilmu akhirat ini yg mkin hri mkin ilang dik telan zaman manusia yg mengejar kemewahan dunia nie,,

    ReplyDelete
  6. post ni menarik...
    tiba2 teringat post yang saye penah keluarkan masa zaman saye muda2 dulu(chewah...bajet dah tue^^)

    post sy lbh kurang sama tp dr sudut yg sedikit berbeza..dan semestinye post saye ayatnye sangat mentah(macam budak2)...

    feel free to visit(2tahun yg lalu)
    http://wardahsafwah.blogspot.com/2008/03/background-sekolah-ptg-ke.html

    ReplyDelete
  7. Bersyukurlah anda yang bersekolah agama.. diberi didikan ilmu.. ustazah, ustaz, kawan2.. semua dekat.. Allah pun mst dkt jga kan?
    Rather than, org yg sekolah biasa yang kadang2 mencari- cari jawapan persoalan mereka..
    Kenapa nak malu dgn sekolah yang ada perkataan AGAMA? ISLAM?
    But deep inside I know, islam, is not jz 4 org2 bskolah agama..

    ReplyDelete
  8. salam....wah...terbaik la...kwn2 dulu pas upsr rmai msuk skola agama....sgn gile gn diorg tp akhrnye sy bangga bersekolah di skola harian sbb diorg sgt sosial slps tamat blja...huhu...scary.. semoga sy x jd begitu....sian kat ayh if jd mcm 2....ayah segala2nya dlm hidupku...sy stuju y part kesedaran 2...sy mule sedar indahnye islam tym kat mtrk....bile tgk mereka y bertudung labuh berstokin, rse kagum sgt...btol2 mnjaga diri...hurm...sy y hanya bersekolah harian masih mencari n merubah diri ke arah y lebih baik...bhasya!!!alhamdulillah Allah masih sygkan diri ini :)

    ReplyDelete
  9. terbaik bos..
    saya bersyukur dan berbangga sy bersekolah agama.. (",)

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas informasi..
    mungkin Allah masih sayangkan diri memberi jalan utk singgah ke laman blog ini.-syukran-

    ReplyDelete
  11. terbaik..!
    saya juga berbangga menjadi graduan sekolah agama. masih berharap agar aqidah dan iman yg dipegang tak akan terpesong insya-Allah. sama-samalh kita berdoa. semoga Allah bukakan hati-hati mereka kembali kejalan-Nya. Seriously ckp after da kluar sek agama which is kat uni mmg perlu survive dan kuat. usrah, tazkirah dan sebagainya pandai2 la mencari sendiri. kalau kat sek ari2 ada tazkirah. sgt merindui saat-saat itu. Apa pun moga saya dan sahabat2 sekalian tetap di jalan-Nya. Amin.. :)

    ReplyDelete
  12. Mungkin kerana terlalu disudu di sekolah, tak sempat dihadam muntah semula jadi orang yang biasa...sedap kata2 ni.

    KESEDARAN & PENDIDIKAN IBU BAPA adalah tunjang kepada JATIDIRI mereka yg samada bersekolah di sekolah agama atau sekolah biasa...

    Apa pun yang kita buat kenalah Lillahi Ta'ala....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..sy mmg sengaja search mencari situasi sbnar akn blaku & pe yg tjadi d seklh agama..sy tak nk pikir negatif, sy nk thu positif jer..

    Saya arini tergerak hati nk hantar ank lelaki sy yg berumur 8thn ke seklh pondok, tp sy xtau d mne harus sy htr..jdi sy tye adik ipar sy dia thu dkat kedah ada..sy mmg takot sbb byk yg tjadi bla kluar jdi lain, nauzzubilamizalik minta d jauhi dri ank2 sy..pe2 pun sy berserah pda Allah smoga jln yg sy cri ni jln yg benar tuk sy & ank2 sy..

    Sy ibu tunggal, sy nk ank sy rsa ssh dri kecil, sy nk ank sy berdikari, sy nk ank sy thu kehdupan sbnr, sy nk ank sy jdi iman sekurang2 nya dlm family pun sy redha.. sy mohon pandangan kekawan yg ada pengalaman..

    ReplyDelete