Klik di sini:
Because he is a 'Muslim'.

JADILAH INSAN IBARAT BENIH YANG DICAMPAK KE HUTAN MENJADI GUNUNG, DIHUMBAN KE LAUT MENJADI PULAU.. INSAN BERMANFAAT



Tanggal 19 Julai 711 M di bulan Ramadhan 116 Hijrah, Tariq Ziyad bersama-sama 12-17 ribu orang tentera Islam mara mendekati Andalusia. Namun, kedatangan mereka yang disedari King Roderick segera dibalas dengan 25 ribu orang tentera musuh. Peperangan yang berlarutan dari pagi hingga ke petang ini sedikit sebanyak berjaya mengkucar-kacirkan tentera Islam. Masuk sahaja waktu malam masing-masing mengambil keputusan berundur sementara untuk berehat.
Lain pula ceritanya di Granada dan Ecija. Saki-baki tentera Gotic di Granada telah mendapatkan bantuan tentera Rom menyebabkan peperangan terpaksa dijalankan sebelum Granada turut jatuh ke tangan tentera Islam. Begitu juga menang besar dalam peperangan di Ecija menentang tentera Gotic yang dibantu tentera Rom dan Portugal. Seterusnya, kehebatan empayar Islam diperluaskan lagi hingga ke Portugal sehingga berjaya menawan negara tersebut. Maka, sejarah dunia membuktikan kegemilangan Islam di bumi Eropah bermula 711M sehingga 1492M dengan 2/3 daripada keseluruhan Andalusia (Sepanyol) dan Portugal berjaya ditawan tentera Islam.

Kemaraan 12 buah kapal perang pimpinan Tariq bin Ziyad disusuli semangat jihad yang tinggi untuk berjuang menegakkan syiar Islam. Angkatan perang ini berlabuh di sebuah bukit yang terletak di kawasan selat Andalusia. Bukit itu digelar Jabal Tariq bersempana nama beliau. Kini, bukit itu mudah dikenali dengan nama Gilbratar atau Jilbratar. Bukit bersejarah ini menjadi coretan khazanah sebagai tempat pertama angkatan perang Islam pimpinan Tariq bin Ziyad seramai 12-17 ribu orang berkumpul dan berperang dengan tentera musuh pimpinan King Roderick."Saudara-saudaraku, di belakang kita laut, di depan kita musuh. Kita terpaksa memilih kemenangan ataupun syahid. Dan kita takkan pulang sebelum mencapai matlamat itu!". - Tariq ZiyadNantikan sambungannya...

KONSERT MAHABBAH GAZA

ANTARA ILUSI OPTIK DAN PERSPEKTIF
Pernahkah anda melihat satu gambar yang nampak macam satu imej tetapi sebenarnya tersirat imej lain di sebalik gambar tersebut? Gambar tersebut nampak macam imej potret seorang tua tetapi rupa-rupanya kita tak perasan imej kedua yang juga ada di dalamnya. Otak manusia melihat imej yang pertama dan menerima tafsiran imej tersebut tanpa menyedari akan imej yang kedua. Sehingga kadangkala langsung menolak pendapat orang lain yang nampak akan imej kedua.
Jom kita buat satu ujian ilusi optik. Cuba lihat gambar di bawah dan apa yang anda lihat? Berapa imej muka yang dapat diperhatikan? 1, 2 atau 3?
Anda lihat dan anda tentukan.
Dalam hidup kita, manusia juga begitu. Berdasarkan ujian sebentar tadi, aplikasi dalam kehidupan kita adalah mudah. Ada orang yang hanya nampak imej pertama dan terus berpegang dengan sungguh-sungguh tanpa menyedari bersama-samanya ada imej kedua. Itu perspektif dia.
Tetapi wujudkah imej ke-2? Apabila ada yang dapat melihatnya, maka dikira wujud dan boleh dipertahankan. Secara mudahnya, kesemua imej yang dapat diperhatikan itu adalah hasil interpretasi idea berdasarkan paradigma masing-masing. Justeru, siapa yang nampak 1, bagus la tu. Siapa yang nampak lebih itu bermakna paradigmanya lebih meluas dan lebih mudah menerima pandangan orang lain.
Akhirnya, cubalah untuk melihat kesemua imej, mudah-mudahan kita boleh meraikan paradigma orang lain.
Sekian.



"Kita cuma ada 90 minit, baham habis-habisan jangan bazirkan walau 1 saat!"
Apa pun analisanya, ada 1 pengajaran boleh diambil dari keseluruhan. Sejarah telah membuktikan sehebat mana pun sesebuah kerajaan atau pemerintahan, Allah tidak kekalkan selama-lamanya. Sama ada kerajaan bersifat adil apatah lagi kerajaan diktator yang kejam. Kerajaan Islam pernah memerintah 2/3 dunia begitu lama menunjukkan kekuatan pemerintahan yg ada di bawah pentadbiran khalifah. Namun, qada' dan qadar Allah jua menentukan kejatuhan kerajaan Islam.