Tuesday, October 5, 2010

Menjejaki Kegemilangan Islam di Sepanyol: Siri 3

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Dalam siri-siri yang lepas, saya bercadang untuk berkongsi pembacaan bersama-sama anda semua berkenaan kegemilangan Sepanyol di bawah pemerintahan Islam dan kejatuhannya. Jika kita susuri sejarah, memang lebih 800 tahun memerintah bumi Sepanyol, Islam dipandang begitu hebat kerana kemajuan yang dicapai terangkum dalam bidang yang pelbagai termasuklah falsafah, perubatan, astronomi, sejarah dan banyak lagi.

Justeru, saya rasa sebelum kita pergi kepada semua itu, elok rasanya saya berkongsi sikit mengenai pemimpin-pemimpin yang membawa Sepanyol atau Andalusia begitu hebat di bawah pemerintahan Islam. Dua pemimpin yang jangan terlupakan dek sejarah adalah Abdul Rahman I dan Abdul Rahman II.

Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalusia ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H / 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyyah, namun Andalusia terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah. Secara tidak langsung, kecemerlangan yang dibina pada peringkat awal di Andalusia terus dapat dibangunkan walaupun ada pergolakan kepimpinan yang berlaku di peringkat pentadbiran pusat sehingga pemerintahan Umayyah beralih kepada pemerintah baru. Proses mempertahankan kedaulatan rantau Andalusia agar bebas dari cengkaman Abbasiyyah dikatakan berlaku pada tahun 138H / 756M selepas kira-kira 4 dekad ia dibuka oleh pasukan Islam (Mohd Roslan 2009).


Abdul Rahman Dakhil atau gelarannya Abdul Rahman I merupakan Amir pertama yang menubuhkan kerajaan sebagai wakil Bani Umaiyah di Andalusia. Beliau turut digelar sebagai ‘Sakhar Quraisy’ yang bermaksud Garuda kaum Quraisy.

Rentetan sejarah menunjukkan bagaimana Andalusia bergolak disebabkan ketamakan kuasa dan harta. Para gabenor dan panglima perang sibuk berebut pengaruh sehinggakan keadaan ketika itu hampir menyamai zaman jahiliyah dengan wujudnya perasaan perkauman, bersuku dan berkabilah . Kemudian, gabenor-gabenor yang dihantar oleh kerajaan Islam di Afrika ke Andalusia sebelumnya tidak mendapat sokongan rakyat dan tentera Islam. Era pemerintahan Abdul Rahman I bermula pada 138H / 756M membawa gagasan menyatukan umat Islam di Andalusia yang telahpun berpecah belah sebelum itu.

Usaha beliau membuahkan hasil. Setelah perbalahan diselesaikan, Abdul Rahman I mula mengatur dan menyusun pentadbiran. Beliau mula mengemaskini pentadbiran dan menyusun atur semula masyarakat di bumi Andalusia. Beliau memajukan aktiviti ekonomi dan mula mendirikan bangunan-bangunan bagi tujuan kemudahan penduduk seperti masjid, sekolah, hospital dan sebagainya.

Bukan sahaja kaum Muslimin, malahan penganut agama-agama lain juga mendapat tempat dalam pemerintahan beliau. Kebebasan agama dibenarkan kepada penganut Katolik dan Yahudi, malahan gereja yang sedia wujud di Andalusia sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan. Pusat Zakat didirikan dan orang-orang bukan Islam dikehendaki membayar Jizyah terhadap perlindungan yang diberikan kaum Muslimin. Orang bukan Islam dilayan dengan adil dan saksama dan peruntukan diberikan kepada mereka berdasarkan keperluan dan jumlah penduduk mereka. Disebabkan lebih ramai umat Islam di Andalusia pada masa itu, maka keutamaan lebih kepada orang Islam tanpa meminggirkan hak dan kaum bukan Islam.

Abdul Rahman I telah memperkenalkan keunikan budaya, mempelbagaikan aktiviti perdagangan berasaskan produk pertanian serta wujudnya pelbagai pusat kecantikan seperti spa, jakuzi, salon dan sebagainya. Di bawah pentadbirannya, beliau telah menukar tanah gersang Andalusia kepada industri pertanian yang terkenal. Banyak ladang-ladang dibuka untuk projek pertanian dan antara projek tanaman pada masa itu ialah zaitun, buah delima, orange, lemon, sutera, aubergines, cumin, tebu, badam, coriander (English herbs), padi, kapas, kelapa, inai, woad, madder, kunyit, anggur, buah ara, peaches, apricots dan gandum.

Seterusnya pemerintahan Andalusia turut disumbang dengan pemerintahan Abdul Rahman II. Beliau merupakan Amir turut berjasa di Andalusia yang mengambil alih pentadbiran pada 822 Masihi daripada Amir sebelumnya. Beliau yang turut digelar 'Al-Ausat' (Yang Pertengahan) telah memperkukuhkan apa yang telahpun dimulakan oleh Abdul Rahman I.

Abdul Rahman II juga turut menyatukan semula umat Islam yang berpecah belah akibat perebutan kuasa semasa beliau mengambil alih pentadbiran. Pada zamannya, membudayakan ilmu itu menjadi keutamaan terutama dalam bidang seni bina bangunan atau arkitektur. Beliau turut meluaskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara lain terutamanya kawasan di bawah jajahan Islam. Lebih banyak ladang-ladang baru dibuka untuk menghasilkan produk pertanian bagi tujuan pasaran. Pelabuhan-pelabuhan baru dan kapal juga dibina bagi tujuan perdagangan dan ketenteraan. Pada zaman pentadbiran Abdul Rahman II juga, umat Islam turut membina bangunan-bangunan untuk keselesaan penduduk seperti hospital, kedai, rumah kediaman, jambatan dan sebagainya.

Siri ini akan bersambung dengan sejarah kegemilangan Andalusia yang dipanggil Zaman Emas (the golden age of Al-Andalus) di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III. Nantikan The Great Caliphate of Cordova.

7 comments:

  1. betapa hebatnya, Abdul Rahman I mentadbir andalusia..sehingga kini, pd ana, xde lagi negara barat ataupun timur waima negara islam sendiri yang mampu mencapai seperti apa yang dicapai oleh empayar Islam Andalusia itu.

    ReplyDelete
  2. farah ke ni??Raub?
    btul3..800 tahun bkn tempoh sekejap..
    mcm2 kegemilangan masa tu..
    masa ni la ibnu sina, ibnua rushd..huhu
    insaf rasanya baca sejarah andalusia ni..

    ReplyDelete
  3. huhu..taw plak die ni farah yang raub..
    tul tu waliy...
    bley jer nak bina negara mcm tu..tp
    nak negara maju kena betul2 berteraskn kpd al-Quran dan al-Sunah serta nilai-nilai asas universal y baik slagi x bertentang dgn kedua2 agar sesuai dgn konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yang baik dn mendapat berkah dari Allah).
    tul x owg raub??huhu

    ReplyDelete
  4. Jom gi Sepanyol pak ngah. Dekat jugak la dengan Joden. Angah belanja, sebab angah dah boleh kire dah kije la kan? Keh keh keh

    ReplyDelete
  5. Long time ago Islam was the best, what about now? Sahih Hadith en français

    ReplyDelete