Sunday, September 20, 2009

Takbir Raya..


ALLAHU AKBAR!!

ALLAHU AKBAR!!
ALLAHU AKBAR!!

Takbir raya memecah keheningan malam. Menuntut kita kembali mengingati Allah, muhasabah diri dan membesarkan Yang Maha Agung dlm pada kita seronok2 nak sambut raya. So, raya-raya jugak tapi biarlah sederhana & mencukupi k..

Berikut merupakan perkongsian malam raya iaitu program takbir rumah ke rumah yg masih diamalkan di kawasan kampung saya
(KG SIMPANG KALLANG, RAUB PAHANG). Penuh perut dijamu dengan makanan yang enak-enak di setiap 13 buah rumah. Tapi makan sekadar yg boleh je, jangan lebih2. Jemput datang raya ke rumah.

















Laungan takbir memecah keheningan malam raya.

















Amalan menziarahi jiran tetangga dituntut dlm menyambut Aidil Fitri






















Yang kecil pun tak terkecuali..

















Menjamu selera selepas bertakbir

















Makan-makan jugak, jangan lupa yang kurang berada..

Sekian.

Sila baca sambungannya di sini..

Seloka Aidil Fitri

Ramadhan pergi silih berganti,
Menghitung amalan di bulan ini,
Syawal tiba sama dirai,
Sambutlah dengan ikhlas di hati..

Kaum hawa sibuk di dapur,
Menganyam ketupat mengacau rendang,
Tangan ditadah tanda bersyukur,
Di pagi syawal takbir berkumandang..

Bergaya sungguh teruna dan dara,
Melayan tetamu yang kunjung tiba,
Pengisian Ramadhan usah dilupa,
Muhasabah diri menyuci jiwa..

Pagi Syawal indah terasa,
Berkumpul seluruh sanak saudara,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Semoga ukhuwah kekal selamanya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sila baca sambungannya di sini..

Muhasabah Ramadhan..


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,

Agar dapat ku lalui dengan sempurna.."
Artis: Man Bai & Raihan

Lirik lagu ini sering berkumandang di corong2 radio mahupun kaca TV saat bermulanya Ramadhan. Namun ramai di kalangan yg mendengar saya yakin hanya mengambil lirik dan intipati tazkirah massa ini sebagai hiburan semata-mata. Tak lebih dari itu. Maka pada saya rugilah sama ada yang mendengar mahupun yang menyanyikan. Dua kali rugi. Betapa padat dan ringkas penyampaian tazkirah yang cuba disampaikan oleh pelirik dan penasyid tersebut nampaknya langsung tidak dihayati oleh pendengar.

Hakikatnya, Ramadhan datang dan pergi. Sebentar terasa seolah-olah baru semalam terawikh pertama didirikan. Akhirnya, tiba juga ke penghujungnya yang mana sungguh2 diraikan oleh sesetengah pihak. Tetapi bagi satu pihak yang lain, sungguh2 merintih dan menangisi pemergian bulan Barakah, Rahmah, Maghfirah & Pembebasan Api Neraka ini.



















So, di mana side kita sebenarnya? Yang sungguh2 meraikan pemergiannya atau pun sebaliknya. Ibarat sebuah universiti, Ramadhan sebagai institusi pendidikan jiwa, emosi dan fizikal yang ditawarkan secara wajib 30 hari sahaja setahun untuk umat Islam. Dengan 3 semester setiap 10 hari pendidikan Ramadhan ini, harus ditamatkan dengan jayanya bagi mencapai kesempurnaannya.

















"Tren Ramadhan hampir tiba di penghujungnya, kepada semua muslimin muslimat yang menaiki tren ini diingatkan bahawa stesyen terakhir iaitu stesen ke-29 beberapa minit akan tiba. Tren akan bertukar di Terminal Aidil Fitri kepada Tren Syawal di mana laungan takbir akan dikumandangkan sedari maghrib tiba sehingga tamat solat Aidil Fitri. Justeru, kepada penumpang tren Ramadhan dinasihatkan agar bermuhasabah kembali sepanjang 29 stesyen yang dilalui sama ada benar2 turun dari Tren ini dengan jayanya setelah diberikan latihan dan pendidikan sepanjang perjalanan.


Adakah semua penumpang berjaya melalui Landasan Rahmah, Landasan Maghfirah dan Landasan Pembebasan Api Neraka dengan jayanya? Atau sekadar bermenung sepanjang perjalanan sehingga merugikan ganjaran yang diberikan? Dan adakah anda sempat bertemu dengan si jutawan yang kaya raya dengan ganjaran pahala iaitu syekh al-Qadr yang singgah menaiki Tren Ramadhan di 9 stesyen yg terakhir? Atau masing2 pakat tidur sahaja tanpa menghiraukan si jutawan yang sibuk menghulurkan ganjaran kepada penumpang semua tanpa disedari.

Renung-renungkan.."

Ramai dari masyarakat Malaysia yang meletakkan persepsi Ramadhan ini sebagai "bulan puasa". Sehingga pada bila tibanya Ramadhan seolah-olah kerja lain tak mampu nak dilaksanakan kerana "sekarang kan bulan puasa". Mentaliti ini harus dihakis dek kerana ia akan menjadikan masyarakat kita hanya merenung Ramadhan sbg menyempurnakan Rukun Islam yg ketiga sahaja sehingga menolak perkara2 lain. Samalah seperti meletakkan Islam ini hanya di masjid2 dan tempat2 ibadat sehingga diabaikan dlm lain2 bidang dlm kehidupan seperti pemerintahan, ekonomi, sosial dan lain2. Ibrah atau pengajaran Ramadhan bukan sekadar berpuasa semata-mata malah pendidikan di sebaliknya lebih dari itu.

Memetik tulisan blog Ustaz Zaharuddin, ada dari kalangan kita yang suka melakukan ibadah 'last minute'. Kalau sujud pun mengambil sujud yang terakhir & kalau puasa pun di hujung2 baru nak lipat gandakan amalan. Bagus jugak di akhir2 Ramadhan mungkin mengejar Lailatul Qadr tapi hakikatnya kita pun tak tahu bila tibanya. Malahan yang lebih teruk lagi semakin usai Ramadhan semakin liat untuk beramal atau pun langsung tak nak turun terawikh kerana alasan malas dan sebagainya. Orang yang cemerlang adalah orang yang hari ini adalah lebih baik dari semalam & orang yang celaka adalah sebaliknya.

Marilah sama-sama kita muhasabah dan merenung kembali sepanjang proses Ramadhan ini. Adakah kita telah benar2 berjaya? Atau pun kita gagal sebenarnya? Adakah kita yakin akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun2 akan datang? Adakah Allah akan berikan kita peluang yang kedua, ketiga mahupun ke-60 untuk mengaut ganjaran Ramadhan lagi nanti? Tepuk dada tanya iman. Moga-moga kita tergolong dalam golongan hamba yang bertaqwa.. Sekian


Sila baca sambungannya di sini..