Sunday, April 19, 2009

Audit Access OKU


Tiada yang menarik untuk dikongsi sehari dua ni. Tapi ruangan diari ni saya berhasrat berkongsi sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yg berlaku di sekeliling saya khususnya dgn penglibatan saya. Dan saya suka untuk berkongsi cerita berkaitan event terbaru yg diadakan di Danau Club Golf pada Jumaat yang lepas berkaitan Pembentangan Laporan Projek 'Audit Access OKU'. Secara umumnya projek ini adalah satu kajian atau penyelidikan di fakulti yg dijalankan oleh satu pasukan daripada PMFST berkaitan kebolehcapaian golongan OKU terhadap bangunan-bangunan di FST. Semua wakil fakulti masing-masing hadir bagi membentangkan laporan kajian yg telah dijalankan.

Setiap pasukan yg mewakili fakulti masing-masing yg terdiri daripada 12 orang telah bertungkus lumus menjalankan kajian dan menyiapkan laporan projek ini. Pada hemat saya, projek ini perlu dilaksanakan dan kajian yg lebih terperinci dijalankan kerana ia merupakan salah satu usaha ke arah menjaga kebajikan warga kampus. Walaupun di FST hanya terdapat 2 orang dari golongan OKU tetapi projek ini perlu bagi menyediakan kemudahan-kemudahan yg sepatutnya di fakulti untuk diakses dgn mudah oleh golongan ini.

Antara objektif projek ini diadakan adalah mengenalpasti, menambahbaik dan menyediakan infrastruktur mesra pelanggan di UKM. Selain itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan pengajaran & pembelajaran di UKM selaras dgn keperluan MQA. Secara tidak langsung, memberi satu laluan kepada PMFST sendiri untuk memperkasakan agenda 'Keilmuan, Kebajikan, Kesatuan' yg lebih berfokus. Walaupun tidak terlibat dlm pasukan penyelidik tersebut, tetapi saya telah diminta membentangkan laporan projek ini dlm majlis tersebut. Bersama-sama ini saya lampirkan beberapa gambar semasa majlis berlangsung.














Bergambar kenangan bersama wakil pasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)














Pasukan penyelidik dari FST bersama-sama Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum) Pusat Pembangunan Akademik, Dr. Rosadah Abd Majid dan turut serta Ar. NurAkmal Goh Abdullah selaku orang kuat kepada pelaksanaan projek ini














Menjamu selera selepas tamat majlis pembentangan.

Sekian perkongsian dari saya.
Terima kasih.
Sila baca sambungannya di sini..

Wednesday, April 15, 2009

Menggerak Paradigma Dunia

Pada mulanya saya sendiri tidak pasti kenapa tajuk ini yang dipilih menghiasi bahagian atas blog saya sebagai tajuk laman blog ini. Agak sukar untuk memilih tajuk yang benar-benar serasi dengan jiwa agar penulisan saya akan datang lebih terarah kepada tajuk tersebut. Tapi mungkin saya punya alasan tersendiri.

Pertama, suka saya katakan bahawasanya blog saya ini pasti tidak dapat menandingi kehebatan blog-blog terkenal di Malaysia khususnya di kalangan mahasiswa seperti blog Presiden GAMIS, Sdra Dzulkhairi. Juga pasti jauh ketinggalan berbanding blog Mantan Pengerusi Parti Mahasiswa Negara (PMN), Sdra Azlan Zainal. Habis-habis pun tak dapat mengatasi kepetahan hujah blog Presiden ISIUKM, Sdra Idris dan Exco Tarbiyahnya, Sdra Azizan. Namun, hati ini diterjah seribu persoalan adakah perlu sehebat itu untuk menyatakan cita dan mengungkapkan rasa? Justeru, saya mengambil keputusan mewujudkan blog ini.

Paradigma pada saya dalah hak milik individu. Ia boleh diubah-ubah mengikut kondisi persekitaran semasa tetapi tidak terikat dengan arus peredaran masa dan zaman. Adakah paradigma seorang budak sekolah menengah di Malaysia adalah sama dengan remaja sebaya mereka di Amerika Syarikat dalam melihat sesuatu isu? Pasti berbeza kerana suasana persekitaran dan sistem sosial hidup yang berlainan. Begitu juga mahasiswa Malaysia dibandingkan dengan mahasiswa di Indonesia. Walau jarak yang tidak begitu jauh tetapi situasi negara yang berlainan dari segi kehidupan mahupun cabaran semasa menjadikan kita jauh berbeza. Jadi, timbullah ungkapan “Aku, Kau Berbeza”.

Paradigma bukan menuntut kita terheret dengan apa yang berlaku di sekeliling. Malahan, paradigma harus dicipta walaupun dalam keadaan persekitaran yang kontra dengan diri kita. Apa masalahnya dengan paradigma yang berbeza dengan arus semasa? Perlukah kita hanya dihimpit dengan persoalan menuruti arahan tanpa perlu kita berhujah dan memberikan pendapat yang datang dari diri sendiri? Apa yang saya ingin katakan adalah dari segi cara kita berfikir dan mind set. Adakah seorang guru perlu menjadi anak murid bila berhadapan dengan anak murid? Pastinya tidak tetapi guru yang ada paradigma dan jiwa besar akan berusaha mengikuti suasana anak-anak muridnya dalam proses pembelajaran.

Justeru, paradigma memang hak milik individu dan tidak terikat dengan suasana tempat dan masa. Maka, yang perlu diambil kira adalah sama ada paradigma itu adalah relevan dan boleh diguna pakai. Mengambil formula Presiden ISIUKM,

IDEALISTIK + REALISTIK = BOMBASTIK

IDEALISTIK – REALISTIK = RETORIK


Justeru, paradigma boleh diubah-ubah kerana itulah sifat realistik dan tidak hanya di takuk lama. Bahkan menepati sifat seorang manusia yang hakikatnya dinamik dan tidak hanya jumud terhadap sesuatu perkara. Tetapi awas!! Paradigma anda yang tidak selari dengan arus semasa (baca: kebiasaan) pasti mengundang pertikaian dan perbalahan. Tapi, apa masalahnya? Kan saya dah kata, paradigma hak milik individu…

Akhirnya, mengapa dunia? Perlukah sebesar itu untuk mempunyai paradigma yang hebat? Jawapannya mungkin ya mungkin tidak dan saya serahkan pada anda semua untuk tentukan. Tetapi harus saya katakan yang setiap manusia melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Mungkinkah paradigma mahasiswa Indonesia boleh kita cetuskan di kalangan mahasiswa Malaysia untuk memperhebatkan survival perjuangan mahasiswa kita? Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan. Tidak rugi mempunyai paradigma yang berbeza dengan orang lain andai itu yang mampu mengubah dunia!!

Apa yang saya coretkan dalam blog ini adalah cita dan rasa saya. Dan ruangan komen dibuka luas untuk anda mengkritik dan memberi pandangan. Dan saya perlukan komen-komen anda untuk memperbaiki diri yang lemah ini. Akan datang, artikel-artikel saya tidak bertumpu kepada sudut ilmu semata-mata. Saya akan cuba membawa isu-isu berkaitan politik, sosial, mahasiswa, kisah-kisah terpilih dan pelbagai lagi untuk memberikan kelainan dalam proses MENGGERAK PARADIGMA DUNIA.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikuti sambungannya dalam Menggerak Paradigma Dunia 2
Sila baca sambungannya di sini..

Sunday, April 12, 2009

DUIT = Doa + Usaha + Iltizam + Tawakal

Tulisan ini adalah bersempena peperiksaan akhir semester bagi mahasiswa khususnya yg menuntut di IPTA seluruh negara. Saya suka mulakan coretan ini dgn memetik satu ayat dari kitab suci al-Quran. Hayatilah ayat 1-3 sebagai pemula surah al-Ankabut yg bermaksud;

[29.1] Alif laam miim. (hanya Allah mengetahui maknanya)

[29.2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

[29.3] Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


Bila kita bercerita soal ujian, perkara ini bukanlah sesuatu yg asing bagi seorang manusia. Apatah lagi kalau manusia tu yg tergolong dlm kalangan pelajar sama ada di peringkat pendidikan menengah mahupun universiti. Menjadi satu lumrah, tak kan namanya orang la kalau hidup saje je tanpa ada ujian.

Sebelum semua ingat saya nk berceloteh pasal ujian dunia yg biasa dirisaukan oleh kita mahasiswa di penghujung semester ni (mungkin sbb jarang dpt 4.0, hehe..), saya suka mengkelaskan ujian ni kpd 2. Mudah saja iaitu:

1. Ujian survival dunia
2. Ujian survival akhirat

Tak perlu nak cerita panjang lagi, semua pun boleh paham. Kalau kita faham konsep ujian, bukanlah tepat untuk kita menyalahkannya sbg sesuatu yg menyusahkan hidup kita, tapi saya suka meletakkan ujian sbg antara tangga survival kita. Sama ada utk dunia atau akhirat, masing2 ada ujian tersendiri dlm meletakkan level kita sbg seorang hamba Allah yg hina
mahupun khalifah di atas muka bumi.

Saya teringat kata2 naqib saya Abg Shahrul Nizam masa kt sekolah dulu, "Kita nk survive ni, secara materialnya mesti kena ada harta atau skrg ni DUIT tapi singkaplah maksud sebenar di sebalik istilah tu.."

Bila saya pikir punya pikir, so saya tuntaskan aje istilah tu sebagaimana yg saya letakkan kt tajuk atas tu. Formula basic yg semua kena ingat!!

DUIT = Doa + Usaha + Iltizam + Tawakal

Saya rasa nk kupas pnjng pun semua dah tahu. Ibarat 7 Mutiara Naga yg dikumpulkan baru tercetus satu kuasa yg hebat, kehebatan DUIT ni pun dapat dirasai dgn sinergi 4 elemen ini. Jangan kita hanya menadah tangan memohon Allah berikan kejayaan andai kaki tidak bersama melangkah turun berjuang! Atau yg lagi teruk hari2 study, stay up sampai subuh, pastu tang Subuh tu pulak terkantoi.. aduss.. Sebab tu saya nak katakan sinergi 4 elemen ni barulah tercetus kemenangan hakiki.

Kemudian, Iltizam saya nak guna definisi kesungguhan/komitmen. Elemen ni berbalik kpd dua elemen yg pertama. Ia penting kerana tanpa support elemen ni seolah-olah kita hanya berdoa dan berusaha atas angin aje. Nak tak nak, mesti ada kesungguhan. Awak buat kerja, buat kerja betul2, sungguh2 jangan sambil lewa je. Sama jugak awak doa, mtk pada Allah, doa betul2 jangan main2. Mesti ada kesungguhan, baru melengkapkan 2 elemen td.

Dan, akhirnya bertawakallah..
Berserahlah pd Allah atas segala usaha & pengharapan kita spnjg menempuh ranjau perjuangan tu. Fahamilah ayat "Kita merancang & ALLAH juga merancang, dan sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik perancang". Konsep tawakal akan menyedarkan kita bahwa kita hanyalah hamba, ALLAH tuhan kita, raja sekalian alam. Bukanlah menyalahkan ALLAH atas kekalahan atau kekurangan yg ada, tapi meyakini bahawa setiap sesuatu itu pasti ada hikmah yg ALLAH dh tetapkan.

Okay, cukup dulu sekadar tu.
Saya nk katakan, hidup ini jgk satu ujian/perjuangan. Sama2 kita meningkatkan usaha sambil memanjatkan doa kpd ALLAH dgn setinggi-tinggi iltizam sebelum masa hanya tinggal utk bertawakal.. Nescaya ada kebaikan di penghujungnya.

Wallahua'lam.
Sila baca sambungannya di sini..

Saturday, April 11, 2009

Saya Masih Baru..

Assalamualaikum wbt..

Salam perkenalan buat semua rakan blogger..
Saya merupakan oarang baru dlm dunia blog ni..
InsyaAllah segala pandangan & citarasa,
saya kongsikan dlm coretan ni..

Jadi sape2 yg ada melawat blog ni..
Selamat melawat & tinggalkan la komen2 anda ye..
Saya pilih nama blog ni Menggerak Paradigma Dunia
Akan datang saya kupas sikit..

Wassalam.. Sila baca sambungannya di sini..